BK8 LINK HM Legacy di terajui oleh Helmy Ramlan atau lebih mesra di kenali sebagai Along Helmy.HM Legacy ditubuhkan berdasarkan kisah benar beliau dalam menguruskan harta pusaka arwah ayahnya pada tahun 2018. Semasa itu, arwah ayahnya masih dalam perkhidmatan awam (belum pencen). Selepas kematian arwah ayahnya, beliau telah menguruskan segala hal merangkumi pencen, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, cukai LHDN dan pengurusan harta pusaka arwah ayahnya.Walaupun arwah ayahnya mempunyai wasiat, beliau sekeluarga tetap menghadapi kesulitan dan cabaran dalam menguruskan pengagihan harta pusaka arwah ayahnya. Ditambah lagi dengan isu MRTA/MRTT rumah arwah ayahnya.Berdasarkan kisah benar dan pengalaman beliau itu, maka beliau membuat keputusan untuk berkongsi kesedaran awal, ilmu dan pengalamannya kepada masyarakat.